DAFTAR, HANTAR & PASANG Coway PERCUMA Seluruh Malaysia

7 Idea Bisnes untuk Online Marketer Menggunakan Kemahiran Mereka

Berbincang mengenai pemasar atau marketer, pastinya ramai yang berpendapat golongan ini mampu memasarkan apa sahaja. Mungkin ada betulnya, namun pemilihan produk yang betul antara yang lebih utama kerana bakal membantu seseorang marketer dalam meneruskan karier dengan lebih lancar.


Marketer yang kami bincangkan tidak hanya tertumpu kepada marketer konvensional yang hanya mempromosikan produk di lapangan sahaja namun turut meliputi golongan yang memasarkan produk secara online bagi mendapat capaian pelanggan yang lebih meluas. 


Pada kali ini, kami ingin berkongsikan beberapa idea bisnes yang boleh ditawarkan para marketer dalam membolehkan golongan ini menjana pendapatan yang stabil dan selesa sebagai marketer.

#1- Mendaftar sebagai affiliate produk


Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat trend affiliate produk semakin mendapat tempat di kalangan orang ramai. Mungkin kerana dianggap mudah serta tidak perlu menyimpan produk, maka idea bisnes ini menjadi pilihan.


Kami dapati trend ini mulai menular di TikTok di mana seseorang marketer atau pengguna TikTok akan memasarkan sesuatu produk yang berbaloi serta memaklumkan kepada para penonton agar mendapatkan produk tersebut di beg kuning. Setiap pembelian menerusi beg kuning tersebut akan membolehkan pemilik video berkenaan meraih komisen daripada jualan tersebut. Meskipun komisen yang ditawarkan bagi sesebuah produk terkadang tidak begitu tinggi, namun jumlah pembelian yang tinggi daripada pelanggan bakal memberi pulangan yang lumayan buat para marketer.

#2- Menawarkan servis grafik, logo dan laman web

Pemasar atau marketer yang mahir dalam bidang grafik berpeluang untuk menjual skil mereka kepada para pelanggan profesional. Selain itu, adalah dinasihatkan agar anda membina portfolio terlebih dahulu dalam membolehkan para pelanggan melihat hasil kerja serta kebolehan anda dalam menghasilkan sesebuah grafik.


Antara aplikasi yang sering menjadi pilihan adalah Canva dan juga Adobe Illustrator dalam mencipta logo, bunting dan juga materi pemasaran yang lain mengikut kehendak pelanggan. Anda juga boleh pakejkan penawaran servis anda dengan menggabungkan pakej penghasilan logo dan juga laman web kepada syarikat-syarikat yang berminat dalam meningkatkan visual sesebuah syarikat secara online.

#3- Mendaftarkan diri sebagai ejen Coway

Sekiranya anda berpendapat ejen Coway sudah ramai di pasaran, ketahui juga jumlah pelanggan dan mereka yang berminat dengan produk daripada Coway juga turut meningkat. Hal ini disebabkan Coway selaku jenama yang diyakini dan dikenali ini agresif dalam mengiklankan jenama serta produk-produk terbaru keluaran mereka.

Sebagai marketer, anda perlu bijak mengambil peluang di mana anda boleh meneroka bisnes ini dengan mendaftar sebagai ejen serta memasarkan secara offline dan juga online.  Dari segi offline atau secara lapangan, anda boleh membuka ruang jualan di pasar raya atau tempat yang mempunyai jumlah trafik pelanggan yang tinggi dalam memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai produk di bawah Coway.

Menerusi online juga tidak kurang hebatnya, malah terdapat marketer yang sekadar memasarkan produk secara online serta berjaya meraih pendapatan mencecah lima angka bersama syarikat ini.

Apa yang diperlukan adalah memantap skil penyampaian iklan dan memfokuskan kepada beberapa platform sahaja seperti Facebook, laman web, Twitter dan juga TikTok. Sekiranya anda sudah meraih kepercayaan, tidak mustahil pelanggan selesa untuk mendapatkan produk Coway di bawah kendalian anda meskipun berada di negeri yang berbeza.

Oh ya, menjadi ejen Coway yang berjaya bukan sahaja ditawarkan insentif atau komisen yang selesa, malah pihak Coway sedia menawarkan pakej percutian khas buat ejen yang berjaya mencatat jualan yang tinggi. Serius best!

Ini tawaran menarik untuk anda rebut hari ini >> Tawaran Coway Hustler

#4- Pengurusan media sosial

Media sosial sudah menjadi platform tumpuan pada ketika ini. Malah, terdapat syarikat yang sanggup mendapatkan khidmat marketer dalam menaikkan jumlah capaian syarikat mereka.

Oleh yang demikian, marketer yang mempunyai pengetahui serta langkah dalam meningkatkan jumlah capaian sesebuah page di Facebook atau akaun di TikTok berpeluang untuk menawarkan servis kepada syarikat-syarikat ini di samping meraih pendapatan yang berbaloi.

Sering kali skop tugas ini meliputi penawaran konten yang menarik daripada syarikat berkenaan dan juga menjadi tempat di mana sesi soal jawab antara pelanggan secara online dijalankan. Para marketer haruslah profesional dalam menjalankan tugas seiring dengan imej sesebuah syarikat. 

#5- Dropshipping Produk Pilihan

Dropshipping adalah model perniagaan di mana pemasar menjual produk tanpa perlu menyimpan stok fizikal. Menariknya, sebagai marketer anda berpeluang menawarkan produk tidak hanya dalam negara malah ke negara luar dalam berpeluang meraih pendapatan dalam matawang yang lebih besar seperti USD dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pemilihan produk yang tepat serta mengiklankan pada kelompok yang tepat antara yang menjadi kunci utama dalam meraih pendapatan yang berbaloi.

Sekiranya sesuatu produk berjaya berada pada carian awal di Google, tidak mustahil produk yang anda tawarkan akan menjadi pilihan kepada lebih ramai pelanggan. 

#6- Menawarkan khidmat SEO

Khidmat SEO atau search engine optimization merupakan servis di mana seorang pemasar memastikan laman web sesebuah produk atau syarikat berada pada carian awal di Google Search.

Hal ini membolehkan lebih ramai pengguna tertarik serta tertumpu untuk melayari produk tersebut bergantung kepada carian yang dibuat. Untuk pengetahuan, terdapat banyak laman web yang berada di pasaran namun gagal untuk berada pada kelompok awal carian di Google Search. Menawarkan servis yang tidak dilakukan ramai ini membolehkan anda tampil berbeza berbanding marketer lain sekaligus mengurangkan saingan.

Lebih menarik, servis ini sering kali ditawarkan dengan harga yang tinggi kerana skil yang diperlukan dalam memastikan sesebuah laman web menjadi pilihan dan carian orang ramai ini adalah sukar.  

#7- Menyediakan khidmat copywriting

Copywriting atau dalam erti kata lain penulisan kreatif sememangnya tidak asing lagi buat para pemasar. Khidmat copywriting bermaksud anda menawarkan servis anda terdiri daripada penulisan kreatif dan persuasif yang membuatkan seseorang pelanggan berminat untuk mendapatkan produk tersebut.

Khidmat ini sedia digunakan secara meluas oleh pihak syarikat khususnya bagi menulis teks untuk laman web, brosur, iklan sosial media, atau e-mel pemasaran yang dapat menarik perhatian dan mempengaruhi pembaca.

Lebih menarik, anda yang mempunyai kemahiran dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing berpeluang untuk menggunakannya dalam menyasarkan kepada kelompok pelanggan yang betul.

Selain itu, anda juga berpeluang meraih pendapatan yang lumayan sekiranya khidmat copywriting yang dilakukan dibayar dengan matawang yang tinggi seperti USD, GBP dan sebagainya. Menjadi pemasar atau marketer ini bukanlah perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, menguasai bidang ini memberikan anda fleksibiliti untuk bekerja tanpa mengira tempat. 

Selain itu, anda juga berpeluang untuk memilih tugas atau servis yang ditawarkan bergantung kepada usaha dan skil anda. Kami yakin, sekiranya usaha dilakukan secara berterusan dan konsisten, lebih ramai pihak yang akan mengenali anda sekaligus membolehkan servis anda menjadi pilihan.



Leave a comment

Name .
.
Message .

Please note, comments must be approved before they are published