8 TIPS HADAPI MUSIM JEREBU, TIP NO 8 PASTINYA MENGUJAKAN ANDA
Keadaan jerebu di negara ini masih belum pulih apabila beberapa negeri mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat sehingga ada antara sekolah terpaksa di tutup
Jerebu memberi impak negatif kepada manusia & bertambah buruk pada pesakit yg bermasalah pada saluran pernafasan kronik, asma, radang paru2, batuk & selsema
Tips 1: PAKAI TOPENG MUKA
⭕ Pemakaian topeng muka yg berkualiti ketika berada di luar rumah atau bangunan, penting untuk pastikan kita menghirup udara yg bertapis. Topeng muka dapat melindungi kita daripada menghirup udara kotor secara terus yg mana akan memberi kesan kepada paru2
Tips 2 : PANTAU INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)
⭕Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan sentiasa mengemaskini tahap IPU di semua kawasan. Jadi amat penting untuk kita pantau paras berkenaan bagi memastikan kita sentiasa berjaga2 & bersiapsedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan
Tips 3 : KURANGKAN AKTIVITI LUAR RUMAH
⭕Ketika jerebu melanda anda perlu menghadkan aktiviti luar rumah untuk mengelakkan terdedah kepada udara tidak sihat. Langkah ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit akibat jerebu. Jadi, ketika jerebu, sebaiknya elak dari keluar rumah untuk beriadah
Tips 4 : BANYAK MINUM AIR
⭕Minum air banyak air sekurang2nya 2 liter sehari membantu diri dari masalah berkaitan jerebu. Air dapat membantu menghidratkan semula badan
Tips 5 : JANGAN MEROKOK
⭕Tips ini tidak hanya diguna pakai ketika jerebu sahaja. Alngkah bagus jika terus berhenti dari merokok untuk pastikan udara disekeliling kita bersih. Hakikatnya, rokok sudah bahaya pada perokok & orang sekeliling namun ketika jerebu, tahap bahaya mungkin meningkat 2 kali ganda & secara tidak langsung perokok menyumbang kepada tahap udara tidak sihat
Tips 6 : BASUH MUKA & TANGAN
⭕ Kita seharusnya mendidik diri & anak2 supaya membasuh tangan selepas melakukan sebarang aktiviti di luar atau dalam rumah. Amalan ini baik untuk kesihatan & kita tidak mudah dijangkiti kuman yg boleh mengakibatkan pelbagai sakit termasuk ciri birit & keracunan makanan
Tips 7: JANGAN LAKUKAN PEMBAKARAN TERBUKA
⭕Tabiat ini biasanya berlaku di kampung2 terutama pada pakcik & makcik yg seharusnya peka. Hentikan tabiat membakar secara terbuka termasuk ketika waktu jerebu
Tips 8: PAKAI PENAPIS UDARA YANG MEMPUNYAI HEPA FILTER
⭕Tahukah anda, jika anda menutup pintu/tingkap sewaktu jerebu, potensi untuk kualiti udara di dalam rumah menjadi teruk juga meningkat akibat daripada ventilasi yang tertutup kecuali jika di dalam rumah anda terdapat aircond, atau penapis udara.
Namun tahukah anda, tidak semua penapis udara boleh menapis udara jerebu? Buat masa ini, penapis udara yang ada gunakan HEPA filter adalah pilihan terbaik untuk meningkatkan kualiti udara di dalam rumah. Semestinya penapis udara COWAY mempunyai HEPA filter iaitu model STORM & LOMBOK