DAFTAR, HANTAR & PASANG Coway PERCUMA Seluruh Malaysia

6 Cara Lepasan Graduan Yang Menganggur Mampu Menjana Wang Dari Rumah

Sudah menjadi impian atau objek utama buat para graduan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian serta menawarkan gaji yang berpatutan sebaik sahaja taman pengajian. Malah, tidak ada ironinya untuk menyatakan melanjutkan pelajaran dilihat sebagai salah satu inisiatif seseorang individu untuk meningkatkan kemampuan agar mampu berdaya saing dalam dunia pekerjaan.

Dalam pada itu, di dunia yang serba kompetitif ini, Harian Metro melaporkan 224,000 graduan berjaya dilahirkan negara setiap tahun namun sebanyak 127,000 penawaran kerja dibuka setiap tahun.

Hal ini membuatkan sekitar 90,000 graduan bergelut untuk mendapatkan pekerjaan sekaligus mengisi kekosongan peluang pekerjaan yang terbuka. Meskipun dilaporkan sekitar 30,000 graduan masih menggangur selepas enam bulan, angka ini nyata lebih serius khususnya buat mereka yang mahu mendapatkan wang bagi menyara kehidupan.

Sehubungan dengan itu, pada kali ini kami akan berkongsi kepada cara-cara atau peluang yang boleh digunakan para graduan dalam membolehkan golongan muda ini mendapatkan kehidupan yang lebih selesa.

#1- Peluang Dropshipping

Buat para pelajar atau graduan yang pernah berniaga, pastinya nama dropshipping ini tidak asing lagi buat anda. Secara asasnya, dropshipping merupakan sebuah sistem di mana anda boleh menjual produk tanpa perlu menyimpan stok. Pihak ketiga yang akan menguruskan jualan dan urusan penghantaran manakala anda hanya perlu mendapatkan jualan daripada pelanggan sahaja. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa sistem dropship yang memerlukan anda membayar yuran penyertaan dan terdapat juga syarikat atau platform yang menawarkan yuran penyertaan secara percuma.

Anda boleh memulakan untuk mendaftar sebagai dropship menerusi syarikat-syarikat produk dalam dan luar negara yang menawarkannya serta menjual menerusi pelbagai platform seperti Facebook Groups, Marketplace, WhatsApp, TikTok dan sebagainya yang mempunyai jumlah peminat atau trafik yang tinggi.

Sekiranya anda mampu untuk mendapatkan jualan yang tinggi, tidak mustahil komisen yang ditawarkan buat anda juga akan turut tinggi.

#2- Pemasaran affiliate


Seakan dropship juga, pemasaran affiliate memfokuskan kepada penjualan produk digital untuk kegunaan orang ramai. Produk-produk yang ditawarkan terbuka daripada menjual tip, produk digital mahupun seminar online kepada mereka yang berminat.

Antara platform antarabangsa yang boleh dicuba untuk memulakan pemasaran affiliate adalah Amazon Associates dan ClickBank. Selain itu, terdapat juga produk digital tempata yang menawarkan pemasaran affiliate bagi membolehkan anda mendapat komisen.

#3- Mendaftarkan diri sebagai Ejen syarikat Coway

Sebut mengenai Coway pasti ramai yang cukup kenal dengan syarikat ini. Malah, ini sememangnya bonus khususnya mereka yang mahu mendaftarkan diri sebagai ejen syarikat Coway kerana syarikat ini sudah dikenali ramai.

Bukan itu sahaja, produk-produk yang ditawarkan Coway juga turut diketahui ramai serta diiklankan di pelbagai platform membolehkan para ejen menjual produk dengan lebih mudah kepada pelanggan.

Soal produk, ternyata Coway sedia menawarkan apa yang diperlukan para pengguna di Malaysia bermula daripada penapis air, tilam, penghawa dingin, kerusi urut dan sebagainya. Selain itu, anda juga akan turut dijemput untuk menyertai perbincangan dan penerangan oleh pihak mereka yang berjaya sebagai ejen syarikat Coway untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk sertai cara-cara untuk mendapatkan pelanggan.



Lebih menarik, bonus dan insentif yang ditawarkan kepada ejen Coway sememangnya sangat luar biasa di mana ejen yang berjaya menjual produk keluaran Coway yang tinggi serta mencapai sasaran berpeluang meraih hadiah serta pakej percutian yang ditanggung syarikat ini.

Sekiranya anda mempunyai tekad yang tinggi serta sanggup berusaha keras, mendaftarkan diri sebagai ejen syarikat Coway antara yang boleh dicuba kerana syarikat ini sudah pun mempunyai platform yang kukuh dalam membolehkan anda menjana wang dengan selesa.

Tawaran terhad jika anda ingin belajar cara jana pendapatan dari Coway.

>> Tawaran Dari Coway Hustler <<

>> Tawaran Dari Coway Hustler <<

>> Tawaran Dari Coway Hustler <<


#4- Jual ‘bakat’ atau skil anda secara online

Anda merupakan graduan TESL atau mahir dalam bahasa Mandarin? Mungkin ini masanya untuk anda menjadi guru kepada pelajar sekolah dengan mempromosikan kelas tuisyen anda.

Tidak kira sama ada kelas tuisyen dijalankan secara dalam talian mahupun berdepan, kedua-duanya masih mampu mendapat perhatian ibu bapa pelajar sekiranya kena dengan caranya.

Bakat ini juga tidak tertumpu kepada kemahiran bahasa sahaja, malah anda boleh mengajar para pelajar subjek matematik, sains dan sebagainya sekiranya anda mahir dengan silibus yang tersedia.

Selain memantapkan skil percakapan menerusi usaha yang berterusan menerusi perkongsian ilmu, anda secara tidak langsung mampu memasarkan diri anda sekiranya usaha dilakukan secara konsisten.

Hasilnya, anda mungkin tidak perlu lagi mengiklankan diri anda sebaliknya pelanggan atau ibu bapa pelajar yang mencari anda menerusi gaya pembelajaran yang dipamerkan.

#5- Melakukan kerja gig

Sejak akhir-akhir ini, kerja gig di Malaysia seakan kulat tumbuh selepas hujan. Malah, telah menjadi pilihan para pelajar lepasan SPM atau para graduan dalam meraih wang demi kelangsungan hidup.

Antara kerja gig popular di Malaysia sudah tentunya bekerja sebagai penghantar makanan menerusi platform-platform popular seperti Grab dan foodpanda. Kerja ini boleh dilakukan sewaktu masa lapang serta membolehkan mereka yang berusaha meraih hasil dalam tempoh yang pantas.

Tidak hanya tertumpu kepada penghantar makanan, anda yang mempunyai skil khususnya bidang penulisan, pemasaran, penghasilan grafik juga mampu untuk mengiklankan skil anda dalam meraih wang menerusi platform seperti Fiverr atau Upwork.

Menariknya, platform ini akan turut memaparkan rating anda kepada mereka yang mahu mendapatkan servis anda. Hal ini membantu anda untuk menaikkan harga servis sekiranya sudah berpengalaman serta mampu menghasilkan produk yang menepati citarasa pelanggan.

#6- Menjual barangan secara online

Tip ini sangat mudah buat anda yang mempunyai minat terhadap sesuatu barangan. Apa yang diperlukan untuk anda menjana wang menerusi penjualan barangan secara online ini adalah membeli sesuatu produk pada harga yang rendah dan jualkannya semula pada harga yang lebih tinggi.

Barangan yang dijual ini haruslah diketahui anda terlebih dahulu contohnya seperti barangan melibatkan hobi dan sebagainya. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai ilmu serta mendapati terdapat platform yang menawarkan jam Casio G-SHOCK dengan harga yang rendah, anda boleh mendapatkannya dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih tinggi pada platform yang lain.

Tip ini sememangnya membantu untuk anda menggandakan jualan dengan pantas, walau bagaimanapun, anda haruslah mempunyai modal terlebih dahulu serta berhati-hati dengan trend semasa kerana dikhuatiri barangan yang dibeli gagal mendapat jualan.

Usaha dan kemahiran antara yang menjadi penentu utama. Dalam erti kata lain, lebih kuat anda berusaha, lebih tinggi peluang anda untuk berjaya serta meraih keuntungan demi kelangsungan hidup.

Kehadiran teknologi sememangnya membuka peluang untuk lepasan graduan menghasilkan pendapatan secara online. Apa yang diperlukan adalah usaha dan kemahiran antara yang menjadi penentu utama. Dalam erti kata lain, lebih kuat anda berusaha, lebih tinggi peluang anda untuk berjaya serta meraih keuntungan demi kelangsungan hidup. Sentiasa ingat untuk memanfaatkan peluang ini dengan bijak dan tekun.

Leave a comment

Name .
.
Message .

Please note, comments must be approved before they are published