5 Idea Bisnes Buat Surirumah Dalam Mencari Pendapatan Tambahan Secara Online
Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai para wanita yang sanggup berhenti bekerja sepenuh masa untuk menjadi surirumah serta membesarkan anak-anak. Kami yakin, pengorbanan besar yang anda lakukan pastinya akan terbalas.
Dalam pada itu, menjadi surirumah pada ketika ini tidak menghalang sesetengah individu untuk menjana pendapatan hanya daripada rumah. Semuanya berjaya direalisasikan dengan adanya internet di mana orang ramai berpeluang berhubung antara satu sama dengan yang lain menerusi platform media sosial dan ruangan pengiklanan.
Pada kali ini, kami ingin membantu para surirumah dalam berkongsi beberapa idea bisnes bagi membolehkan para surirumah menjana pendapatan tambahan khususnya secara online. Lebih menarik, beberapa idea bisnes ini masih mampu menjana pendapatan yang selesa meskipun para surirumah hanya berada di rumah di rumah sahaja.
#1- Menghasilkan kuih tradisional dan moden
Jika dilihat pada ketika ini semakin individu yang mula menceburkan diri dalam bidang ini. Walau bagaimanapun, permintaan terhadap kuih tradisional dan moden ini juga seiring di mana lebih ramai pengguna selesa membuat tempahan sahaja berbanding melakukan sendiri untuk beberapa tujuan.
Sekiranya anda selaku surirumah mempunyai kemahiran dalam menghasilkan kuih, mungkin ini masanya untuk anda mengiklankan produk anda menerusi beberapa platform terkemuka. Antara yang boleh dicuba adalah Facebook Groups kawasan setempat anda dan juga WhatsApp Groups kawasan setempat.
Mempromosikan di dua platform percuma ini membolehkan anda mengembangkan bisnes anda sekaligus meraih pelanggan. Jika kuih yang dihasilkan menepati citarasa pengguna, tidak mustahil kuih tersebut bakal ditempah lagi pada lain masa. Tidak hanya terikat kepada kuih, anda juga boleh menawarkan bisnes katering secara kecil-kecilan seperti pakej memasak bihun goreng beserta teh tarik.
Selain itu, anda juga berpeluang meningkatkan kemahiran anda menerusi perkongsian resipi daripada beberapa individu terkemuka yang boleh ditonton menerusi platfrom YouTube dan juga TikTok. Selamat mencuba!
#2- Menawarkan servis tuisyen kepada pelajar secara online
Tahukah anda selepas era pandemik, pusat tuisyen online dilihat masih mendapat tempat di kalangan pelajar? Hal ini kerana tuisyen secara online ini membolehkan para pelajar dapat turut belajar dari rumah sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada ibu bapa untuk menghantar dan mengambil dari pusat tuisyen.
Apa yang diperlukan buat surirumah untuk melakukannya adalah skil, kemahiran, pemahaman kepada silibus sesuatu pelajaran serta sebuah komputer riba dalam membolehkan proses pembelajaran dapat dijalankan.
Servis ini dilihat menjadi pilihan khususnya buat lepasan graduan yang menjadi surirumah atau mereka yang memegang ijazah dalam sesebuah subjek yang dikuasai seperti TESL, Bahasa Mandarin, matematik dan sebagainya.
Proses pembelajaran juga boleh dilakukan secara perseorang mahupun berkumpulan. Dari segi pengiklanan servis pula, para surirumah boleh mengiklankan servis menerusi Facebook Groups serta beberapa platform yang lain. Jika anda lebih selesa dengan pembelajaran secara fizikal, anda boleh mengiklankannya menerusi Facebook dan WhatsApp Group setempat dalam mendapatkan pelajar yang berminat untuk ke rumah anda.
#3- Mendaftarkan diri sebagai ejen Coway
Jika sebelum ini Coway hanya dikenali sebagai syarikat yang menawarkan pakej penapis air serta servis yang berkala, kini syarikat ini telah berkembang dengan menawarkan lebih banyak seleksi produk buat para pelanggan.
Dengan mendaftar diri sebagai ejen Coway, anda berpeluang untuk mempelajari daripada ejen-ejen yang senior dalam industri ini mengenai produk serta cara-cara untuk membuatkan para pelanggan berminat untuk membeli dengan anda.
Mengulas mengenai produk, jenama ini telah berkembang dengan menawarkan penapis air, penghawa dingin, kerusi urut, tilam, penapis udara dan sebagainya. Dalam erti kata lain, lebih banyak produk yang sedia ditawarkan buat para ejen kepada para pelanggan.
Oh ya, menariknya, syarikat dengan sistem yang teratur ini turut menghadiahkan para ejen yang membuat jualan yang tinggi dengan hadiah berupa pakej percutian dan sebagainya. Dalam erti kata lain, para surirumah bukan sahaja dapat meraih komisen malah pakej percutian yang ditawarkan juga ditanggung sepenuhnya. Serius best!
Para surirumah yang berminat untuk menjadi ejen Coway boleh mengiklankan produk Coway secara offline mahupun online. Meskipun jumlah ejen dilihat semakin meningkat, kepercayaan serta penerangan yang dilakukan anda kepada pelanggan antara yang membuatkan mereka berminat untuk mendapatkan produk Coway di bawah anda. Ini peluang yang anda cari selama ini !
#4- Jualan produk secara online
Idea bisnes ini dilihat semakin mendapat tempat sejak adanya platform TikTok. Para surirumah berpeluang mengiklankan produk mereka dengan melakukan video atau secara langsung menerusi TikTok Live.
Menariknya, terdapat dua kaedah yang boleh dipilih para surirumah untuk berniaga di platform ini di mana terdapat produk yang ditawarkan secara dropship atau dalam erti kata lain pihak ketiga yang akan menguruskan jualan manakala anda hanya mencari pelanggan sahaja.
Sebuah lagi kaedah adalah anda membeli produk secara pukal dengan harga yang lebih rendah serta mengiklankan semula untuk ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi dalam meraih keuntungan.
Usaha yang konsisten dalam platform ini secara tidak langsung bakal meningkatkan jumlah followers anda sekaligus meningkatkan jumlah pelanggan yang berminat dengan produk yang ditawarkan.
Selain itu, anda juga boleh mencuba beberapa platform lain seperti Facebook Marketplace, Facebook Live dan juga Shopee Live dalam mengiklan produk anda.
#5- Menjual produk kesihatan dan kecergasan
Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai individu yang mahu tampil lebih sihat dan cergas. Tidak kurang juga mereka yang mulai sakit-sakit serta mahukan supplement bagi membolehkan mereka dapat terus bekerja dengan baik.
Hal ini secara tidak langsung turut membuka peluang buat para surirumah dalam menawarkan produk-produk kesihatan daripada jenama-jenama seperti Shaklee dan Amway kepada orang ramai khususnya secara online.
Apa yang diperlukan adalah ilmu yang mendalam mengenai sesuatu produk untuk membolehkan para surirumah menerangkan semula produk tersebut kepada para pelanggan yang mungkin berminat.
Selain itu, produk yang diperakui selamat dan sihat bagi mengurangkan berat badan dilihat sebagai anda produk yang sentiasa laris dalam pasaran. Sekiranya anda berjaya mendapat kepercayaan daripada para pelanggan, tidak mustahil produk yang dijual beserta perkongsian cara pemakanan ini bakal didapatkan pelanggan.
Menjadi surirumah pada era moden ini sememangnya bukan penghalang untuk mencari wang tambahan. Apa yang diperlukan adalah kerajinan serta sokongan internet dalam membolehkan orang ramai mengetahui kewujudan anda serta produk yang diiklankan.
Anda juga boleh terokai idea bisnes yang lain menerusi skill dan bakat yang tersedia pada anda seperti bisnes menjahit kain, membuat baju kurung atau baju melayu dan sebagainya.
Kami yakin sekiranya usaha dilakukan secara berterusan, tidak mustahil bisnes mampu berkembang serta dikenali ramai di kawasan setempat. Pastikan para surirumah memanfaatkan sepenuhnya cara pemasaran serta teknik pemasaran digital dalam membolehkan produk yang diiklankan diketahui ramai serta disasarkan kepada kelompok pelanggan yang tepat.